Terma & Syarat          Versi Bahasa Inggeris

Sila baca Terma-terma dan Syarat-syarat ini dengan teliti sebelum anda menyertai Peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan ini, anda dianggap telah menerima Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan bahawa anda bersetuju mematuhinya. Jika anda tidak menyetujui terma-terma dan syarat-syarat ini, anda tidak harus menyertai Peraduan ini. Penganjur berhak meminda Terma-terma dan Syarat-syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu.


MAKLUMAT PERADUAN

Peraduan Rexona Freshmoves 2018 ("Peraduan") inidianjurkan oleh Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (No. Syarikat 1532-V) ("Penganjur"). Peraduan bermula pada 1 Mac 2018, 12:00am dan berakhir pada 30 April 2018, 11:59pm ("Tempoh Peraduan"). Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan tidak layak menyertai Peraduan.

Penganjur berhak mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Peraduan menurut budi bicara tunggalnya atau jika Penganjur tidak menerima bilangan penyertaan layak yang cukup atau jika Peraduan tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Penamatan atau penggantungan tersebut tidak akan membangkitkan apa-apa tuntutan oleh Peserta. Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten atau percanggahan, Terma-terma dan Syarat-syarat Peraduan dalam versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.





KELAYAKAN
  1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan dalam peraduan ini) dengan Kad Pengenalan Malaysia yang sah.Sekiranya Peserta berumur di bawah 18 tahun pada tarikh penyertaan, Peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaganya sebelum menyertai Peraduanini dan apabila diminta oleh Penganjur, hendaklah mengemukakan kebenaran tersebut.Pekerja, pemegang saham, pegawai, pengarah, agen,pengedar dan wakil Penganjur dan setiap daripada syarikat induk, ahli gabungan, bahagian, anak syarikat, agen, wakil dan agensi pengiklanan mereka masing-masing, bersama-sama dengan ahli keluarga terdekat (tidak kira di mana mereka tinggal) dan mereka yang tinggal di kediaman yang sama dengan orang tersebut (sama ada mempunyai kaitan persaudaraan atau tidak), tidak layak menyertai Peraduan.
  2. Peserta dikehendaki membeli mana-mana Pek Promosi Berkembar Rexona (deodoran bebola atau penyembur)dan menyimpan resit asal ("Bukti Pembelian") agar berpeluang memenangi Peraduan. Penganjur boleh meminta Peserta mengemukakan Bukti Pembelian untuk penebusan hadiah sekiranya peserta dipilih sebagai pemenang.
  3. Penganjur berhak untuk menyingkirkan mana-mana Pesertayang tidak mematuhi apa-apa Terma dan Syarat Peraduanini atau jika Penganjur berpendapat bahawa Pesertagagal memenuhi apa-apa kriteria penyertaan Penganjur.


MEKANISME PERADUAN
  1. Untuk menyertai Peraduanini dan agar berpeluang memenanginya, semuaPeserta hendaklah:

    a) Membeli mana-mana Pek Promosi Berkembar Rexona dalam satu resit dari kedai-kedai ataupun kedai online terlibat dan menyimpan resit asal ("Bukti Pembelian").
    b) Cari Kod Unik yang terdapat di dalam Pek Promosi Berkembar Rexona
    c) Jawab soal berikut dengan "Benar" atau "Palsu" Adakah Rexona ingin memberi anda kesegaran sepanjang hari?
    d) WhatsApp/SMS yang berikut ke nombor 011-10166983 REXONA<space>KOD UNIK<space>JAWAPAN
    e) Setiap penyertaan akan diberi nombor serial berdasarkan Bukti Pembelian yang berikut: a. 1 nombor siri untuk setiap pembelian Pek Promosi Berkembar Rexona Deodoran Bebola 50mlx2
    b. 2 nombor siri untuk setiap pembelian Pek Promosi Berkembar Rexona Deodoran Penyembur 150mlx2

  2. Pembelian lebih akan menambah peluang anda untuk memenangi Peraduan.Pemenang akan dipilih berdasarkan perkara berikut:
    1. Penyertaan pertandingan yang lengkap, dengan jawapan yang betul danBukti Pembelian yang sah akan dianggap sebagai penyertaan yang sah.
    2. Bagi pemilihan pemenang (mingguan), jumlah nombor siri mingguan (sah) akan dibahagikandengan jumlah hadiah mingguan yang diperuntukkan untuk pertandingan ini, iaitu LIMA PULUH (50).

      Pemilihan senarai pendek pemenang mingguan: jumlah hadiah yang diperuntukkan untuk hadiah mingguan adalah LIMA PULUH (50), jumlah nombor siri yang sah akan dibahagikan dengan LIMA PULUH (50) untuk menentukan nombor siri yang berjaya. Sebagai contoh, jika jumlah nombor siri mingguan (sah) adalah 1400, ini akan dibahagikan dengan 50. Peserta dengan nombor siri dalam gandaan 28, seperti nombor siri ke-28, ke-56, ke-84, ke-112, dan sebagainya, akan disenarai pendek sebagai pemenang peraduan mingguan.
    3. Jika jumlah (selepas dibahagi) membawa kepada nombor perpuluhan, nombor tersebut akan dibundarkan (jumlah bulat yang lebih rendah) untuk memilih senarai pendek pemenang pertandingan mingguan.

      Sebagai contoh, jika jumlah nombor siri mingguan (sah) adalah 1660, maka 1660 akan dibahagikan dengan 50 untuk mendapatkan gandaan 33.2, yang akan dibundarkan kepada 33. Oleh itu, Peserta dengan nombor bersiri dalam gandaan 33, seperti nombor siri ke-33, ke- 66, ke-99, nombor ke-132, dan lain-lain, akan disenarai pendek sebagai pemenang peraduan mingguan.
    4. Bagi pemilihan pemenang Hadiah Utama / Kedua, jumlah nombor bersiri (sah) akan dibahagikan dengan jumlah hadiah utama yang diperuntukkan untuk pertandingan ini, iaitu DUA PULUH SATU (21).

      Senarai pendek dan pemilihan pemenang Hadiah Utama dan Kedua contoh: jumlah nombor bersiri (sah) yang dihasilkan sepanjang tempoh peraduan adalah 16800, ini akan dibahagikan dengan 21. Peserta dengan nombor bersiri dalam gandaan 800, seperti nombor siri ke-800, ke-1600, nombor siri ke-2400, dan lain-lain akan disenarai pendek sebagai pemenang hadiah utama. Pemenang Hadiah Utama Volkswagen Polo 1.6cc akan dipilih berdasarkan (pemenang hadiah utama yang disenarai pendek dengan) jumlah paling banyak nombor bersiri yang sah di antara dua puluh satu (21) pemenang hadiah utama yang disenaraipendek.
    5. Peserta yang telah disenarai pendek akan dikehendaki menjawab satu (1) soalan peraduan melalui telefon. Setiap Peserta yang disenarai pendek mesti menjawab satu (1) soalan dengan betul untuk memenangi hadiah peraduan. Penganjur akan menghubungi Peserta yang disenarai pendek melalui butiran hubungan yang diberikan (semasa penyertaan). Peserta digalakkan untuk mengekalkan nombor hubungan mereka. Sekiranya Peserta gagal memberikan jawapan yang betul kepada soalan tersebut, Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan Peserta dan menarik balik hadiah tersebut, dan Peserta seterusnya akan dipilih mengikut budi bicara Pihak Penganjur. Sekiranya peserta memberikan jawapan yang betul, dia akan dipilih sebagai pemenang Peraduan ini
  3. Penyertaan peraduan dengan butiran yang tidak lengkap dan kod unik (Bukti Pembelian) yang pudar, diganggu atau rosak akan dianggap sebagai tidak sah.



HADIAH & PENEBUSAN

Hadiah Pertama
Satu (1) x kereta Volkswagen Polo 1.6cc dengan baucer sistem audio kereta berjumlah lebih dari RM82,500

Sebanyak satu (1) hadiah untuk kategori Hadiah Utama.
Hadiah Kedua
Dua puluh (20) x telefon bimbit Samsung Galaxy Note8 dengan pembesar suara tanpa wayar Samsung

Hadiah Mingguan
Lima puluh (50) hadiah mingguan seperti berikut: Tier 1: Tiga (3) Bose Soundlink Revolve Speakers
Tier 2: Tujuh (7) Bose Soundsport Wireless Headphone
Tier 3: Empat puluh (40) langganan percuma Spotify Premium selama 12 bulan
Setiap Pemenang yang terpilih hanya berhak memenangi satu (1) Hadiah Pertama atau Kedua dan satu (1) Hadiah Mingguan.

  1. Semua hadiah diberikan atas dasar "seadanya" dan sama sekali tidak boleh dipindahkan, tidak boleh ditukar dan tidak boleh ditunaikan.
  2. Sekiranya seri, hadiah akan diberikan kepada Peserta yang penyertaannya diterima lebih awal.
  3. Semua keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat, rayuan atau soalan tidak akan dilayan.
  4. Peserta dikehendaki mengemukakan Bukti Identiti semasa atau sebelum penebusan hadiah bagi tujuan penentusahan. Bukti Identiti yang diterima oleh Penganjur adalah dalam bentuk berikut sahaja: Kad Pengenalan/Pasport/Lesen Memandu Malaysia yang sah. Kegagalan untuk mengemukakan apa-apa Bukti Identiti memberikan hak kepada Penganjur untuk menyingkirkan Peserta/Pemenang.
  5. Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui butir-butir hubungan atau alamat e-mel yang diberikan semasa proses penghantaran penyertaan. Peserta digalakkan supaya memastikan nombor hubungan mereka adalah aktif, dan untuk sering menyemak akaun e-mel mereka.
  6. Sekiranya Peserta tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) percubaan selama tiga (3) hari berturut-turut,atau jika berjaya dihubungi, memilih untuk tidak menerima hadiah, Penganjur berhak membatalkan kelayakan Peserta dan menarik balik hadiah, atau Peserta seterusnya yang layak boleh dipilih menurut budi bicara Penganjur.
  7. Semua Pemenang hendaklah menuntut hadiah mereka dalam masa tiga puluh(30) hari selepas dimaklumkan oleh Penganjur. Sekiranya Pemenanggagal menuntut hadiah mereka atau gagal mencalonkan wakil dalam tempoh masa yang diperuntukkan, Penganjur berhak menarik balik hadiah atau memberikan hadiah kepada Peserta/Pemenang lain.
  8. Pemenang yang memerlukan wakil untuk menuntut hadiah mereka bagi pihak mereka hendaklah memastikan bahawa wakil mengemukakan surat kebenaran yang ditandatangani oleh Pemenang, sesalinan Bukti Identiti Pemenang, dan Bukti Identiti wakil.
  9. Penganjur tidak menjamin ketersediaan hadiah dan Penganjur mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk menggantikan sebarang hadiah dengan apa-apa hadiah lain yang serupa nilainya seperti yang ditentukan oleh Penganjur, agennya atau penajanya.
  10. Semua Hadiah yang diberikan oleh Penganjur dan/atau penaja adalah atas dasar "seadanya" dan diterima oleh Peserta tanpa apa-apa jenis waranti atau jaminan, sama ada nyata atau tersirat. Jika diminta oleh Penganjur, Peserta hendaklah menyempurnakan suratikatan pelepasan dan tanggung rugi dalam bentuk yang ditetapkan oleh Penganjur.


HAK PENGANJUR
  1. Peserta bersetuju bahawa semua bahan yang diserahkan oleh Peserta untuk Peraduan ini menjadi kepunyaan Penganjur. Jika berkenaan, hakcipta dan semua hak harta intelek (termasuk hak moral) yang wujud dalam semua bahan termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan digital atau bukan digital (contohnya: video dan imej), akan menjadi kepunyaan Penganjur setelah diserahkan.
  2. Penganjur berhak menerbitkan dan menggunakan nama, gambar, imej, rakaman audio dan/atau video yang diserahkan oleh Peserta/Pemenang atau terhadap Peserta/Pemenang bagi tujuan pengiklanan, pemasaran, publisiti dan/atau apa-apa tujuan lain, tanpa sebarang notis terdahulu atau pampasan kepada Peserta/Pemenang. Pemenang tidak berhak menuntut pemilikan atau bentuk pampasan lain terhadap bahan tersebut.
  3. Sebagai balasan bagi Penganjur menawarkan peluang kepada Peserta untuk menyertai Peraduan, Peserta dengan ini secara tak bersyarat dan dengan tak boleh batal menyetujui dan membenarkan perkara berikut:
    • Penganjur dibenarkan menggunakan nama, imej, suara dan/atau gambaran yang serupa dengan Peserta bagi tujuan penyuntingan, pengiklanan, promosi, pemasaran dan/atau tujuan lain tanpa notis lanjut atau pampasan.
    • Jika dikehendaki oleh Penganjur, Peserta hendaklah dengan sukarela menghadiri penerbitan, rakaman atau publisiti mengenai Peraduan bagi sebarang tempoh yang akan dimaklumkan oleh Penganjur (termasuk tetapi tidak terhad kepada wawancara yang dirakamkan atau tidak dirakamkan, pengambilan foto pegun, rakaman audio dan/atau visual bagi penggunaan promosi dan publisiti (secara kolektif "Rakaman").Semua kos kehadiran dan penyertaan Peserta hendaklah ditanggung semata-mata oleh Peserta dan Penganjur tidak bertanggungjawab membayar balik apa-apa kos, perbelanjaan, gaji atau pampasan kepada Peserta.
    • Penganjur mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengiklankan dan/atau menyiarkan dan/atau mencetak Rakaman dan/atau menggunakan slogan, nama atau nama panggilan di mana-mana program/salurannya atau di mana-mana perantara pun jua, secara keseluruhan atau sebahagian, menurut budi bicara Penganjur. Semua hakcipta yang wujud dalam Rakaman adalah kepunyaan mutlak Penganjur.
    • Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya, untuk menggunakan dan mengeksploitasi Harta Intelek melalui mana-mana kaedah atau perantara dan dalam apa jua cara dan pada bila-bila masa yang dianggapnya wajar tanpa terlebih dahulu mendapatkan apa-apa kebenaran atau membuat apa-apa pembayaran pun jua kepada Peserta dan/atau pemenang Peraduan dan/atau wakil.
  4. Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta yang mengganggu mekanisme, sistem, perisian Peraduan atau apa-apa proses lain berkaitan dengan Peraduan ini.
  5. Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta dan/atau penyertaan yang didapati (menurut budi bicara Penganjur) tidak sopan atau tidak sesuai untuk tatapan umum, atau didapati atau disyaki menipu/menggodam/mengusik proses penyerahan Peraduan, pengendalian Peraduan ini atau melanggar apa-apa Terma dan Syarat Peraduan. Penganjur berhak untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayainya terlibat dalam aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang memudaratkan Peraduan, Penganjur atau proses penyerahan Peraduan.


TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
  1. Dengan menyertai Peraduan ini,Peserta dianggap telah membaca, memahami, bersetuju dan dengan tak bersyarat menerima Terma-terma dan Syarat-syarat dan Notis Privasi yang dinyatakan di bawah.
  2. Peserta boleh menyerahkan lebih daripada satu penyertaan semasa Tempoh Peraduan. Walau bagaimanapun, setiap Peserta (jika dipilih sebagai pemenang) hanya berhak mendapat satu (1) Hadiah Utama atau Hadiah Kedua dan satu (1) Hadiah Mingguan untuk Peraduan ini.
  3. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa penyertaan yang diserahkan (termasuk apa-apa foto, lukisan, gambar, slogan, apa-apa bahan atau karya kreatif lain, termasuk rakaman suara atau video) hendaklah karya aslinya dan tidak melanggar apa-apa hak mana-mana pihak ketiga dan/atau melanggar sebarang hakcipta, paten, nama dagangan, hak keempunyaan, peribadi, privasi atau moral mana-mana pihak ketiga.
  4. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa dia menepikan atau telah mendapatkan penepian terhadap semua hak (termasuk hak moral) daripada semua orang yang telah menyumbang kepada penghasilan Penyertaan dan karya dasar (secara kolektif "Penyumbang") yang berhak ditegaskan oleh Penyumbang dan/atau Peserta, kini atau di masa hadapan, di mana-mana tempat di dunia.
  5. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa penyertaan yang diserahkan oleh peserta tidak boleh mengandungi unsur-unsur kebogelan, imej pornografi atau tema seksual, keganasan grafik, kenyataan atau bahan memfitnah atau melibel yang dianggap menyalahi undang-undang/ menyinggung atau mungkin melanggar undang-undang Malaysia atau bahan yang kemungkinan akan mencemarkan imej Penganjur atau menyebabkan Penganjur mendapat nama buruk. Sebarang pelanggaran klausa ini akan memberikan budi bicara mutlak kepada Penganjur untuk menyingkirkan dan menolak dan/atau mengeluarkan apa-apa penyertaan atau posting dengan serta-merta tanpa notis terdahulu.
  6. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa Penganjur mempunyai hak tunggal untuk menggunakan atau mengeksploitasi Penyertaan Peserta atau mana-mana bahagian daripadanya dalam sebarang dan semua bentuk perantara melalui apa-apa dan semua kaedah atau cara di seluruh dunia untuk tempoh penuh hakcipta termasuk semua pembaharuan bersama-sama dengan hak untuk memberi kuasa orang lain untuk berbuat demikian tanpa perlu membayar apa-apa imbuhan atau royalti kepada Peserta. Untuk mengelakkan keraguan, Penganjur tidak mempunyai kewajipan untuk menggunakan atau mengeksploitasi mana-mana bahagian daripadanya.
  7. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa dia tidak akan menggunakan Penyertaan atau mana-mana bahagian daripadanya bagi tujuan selain daripada tujuan yang ditetapkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat. Sekiranya Penyertaan atau mana-mana bahagian daripadanya diterbitkan atau diedarkan atau ditangani dalam apa jua cara tanpa kebenaran terdahulu daripada Penganjur, Penganjur berhak menurut budi bicara mutlaknya menyingkirkan Peserta dan/atau membatalkan apa-apa Hadiah yang dimenangi dan tidak akan menanggung apa-apa liabiliti pun jua terhadapnya.
  8. Semua hak dan keistimewaan yang diberikan di dalam ini kepada Penganjur tidak boleh dibatalkan dan tidak tertakluk kepada pembatalan, sekatan atau injunksi dalam sebarang dan semua keadaan.Peserta tidak akan dalam apa jua keadaan berhak mendapat relief injunksi atau untuk menahan atau sebaliknya mengganggu penganjuran Peraduan, penerbitan, pengedaran, pameran dan/atau eksploitasi Peraduan dan/atau Program dan/atau apa-apa produk berdasarkan dan/atau yang berpunca daripada Peraduan dan/atau Program.
  9. Penganjur berhak pada bila-bila masa untuk mengubah, meminda, memotong atau menambah Terma-terma dan Syarat-syarat dan peraturan lain termasuk mekanisme Peraduan menurut budi bicara mutlaknya.
  10. Jika Kaedah penyertaan adalah melalui perkhidmatan pesanan ringkas ("SMS") atau perkhidmatan pesanan multimedia ("MMS"), setiap PenyertaanPeraduanyang dihantar oleh Pesertaadalah tertakluk kepada caj premium yang ditetapkan (jika ada) yang adalah sebagai tambahan kepada fi standard yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi Peserta.
  11. Penyerahan Penyertaan tidak menjamin bahawa Peserta akan memasuki Peraduan. Penganjur mempunyai budi bicara mutlak untuk menolak atau enggan menerima penyerahan Penyertaan dan kemasukan Peserta atas sebab-sebab termasuk (tanpa had) jika Penyertaan adalah tidak lengkap atau apa-apa peruntukan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat tidak dipatuhi.
  12. Penganjur berhak menyingkirkan dan/atau mengecualikan Peserta dan/atau menarik balik Hadiah (pada mana-mana peringkat Peraduan) jika -
    • Peserta tidak layak atau tidak memenuhi apa-apa kriteria kelayakan yang dibentangkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat; atau
    • Peserta memungkiri Terma-terma dan Syarat-syarat dan peraturan lain Peraduan atau melanggar apa-apa undang-undang atau peraturan yang berkuat kuasa; atau
    • menurut penentuan tunggal Penganjur, Penganjur percaya bahawa Pesertatelah cuba menjejaskan pengendalian Peraduan melalui fraud, penipuan atauperdayaan; atau
  13. Jika berlaku penyingkiran selepas Hadiah diberikan, Penganjur berhak menuntut agar Hadiah dipulangkan atau pembayaran nilai yang bersamaan dengannya daripada Peserta yang disingkirkan.
  14. Meskipun Penganjurakan berusaha sedaya upaya untuk melakukan penentusahan yang perlu mengenai kelayakan peserta, kegagalan untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak layak tidak akan dianggap kemungkiran oleh Penganjur.


LIABILITI& TANGGUNGJAWAB
  1. Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau sebarang kos, fi lain dan/atau apa jua jenis perbelanjaan yang ditanggung oleh Pesertaberhubung dengan Peraduan ini (sama ada bagi tujuan memasuki, menyertai atau menerima apa-apa manfaat atau hadiah daripada Peraduan) atau bagi tujuan penebusan hadiah atau perjalanan yang berkaitan adalah tanggungjawab Penenang semata-mata, dan Penganjur, ahli gabungan, agen sah atau agensi sertaannya tidak akan menanggung apa-apa tanggungjawab pun jua untuk kos/caj/fi/perbelanjaan ini.
  2. Penganjur, ahli gabungannya, pihak ketiga yang dibenarkan dan agensi sertaan tidak menanggung apa-apa tanggungjawab atas penyertaan yang hilang, rosak, terlewat disebabkan perkhidmatan pos, atau disebabkan oleh kesilapan komputer, IT atau apa-apa kesilapan teknologi. Peserta bertanggungjawab memastikan penyertaannya mematuhi semua peraturan dan terma dan syarat Peraduan, dan bahawa penyertaannya diterima oleh Penganjur dalam bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur.
  3. Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta bersetuju melepaskan dan memastikan Penganjur, ahli gabungan dan agensinya, dan pekerja, pegawai, pengarah dan wakil mereka tidak dipertanggungjawabkan atas sebarang tuntutan, kerugian atau gantirugi berbangkit daripada atau berhubung dengan penyertaan mereka dalam Peraduan (termasuk tetapi tidak terhad kepada, apa-apa kesilapan dalam mengira apa-apa transaksi, sebarang kerosakan atau kepincangan mana-mana sistem komputer atau peralatan), apa-apa aktiviti berkaitan Peraduan dan penerimaan dan/atau penggunaan, penyalahgunaan, atau milikan apa-apa hadiah yang diberikan di bawah ini.
  4. Semua kos yang ditanggung oleh Peserta berkaitan dan/atau berhubung dengan Peraduan dan Hadiah, termasuk tanpa had, caj pos atau caj Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) (jika berkenaan), semua kos pengangkutan, caj komunikasi, penginapan, kos makanan dan kos berkaitan lain yang ditanggung oleh Peserta disebabkan oleh dan/atau selaras dengan penyertaannya dalam Peraduan, kos pungutan dan kos tambahan berkaitan dengan hadiah iaitu kos insurans, yuran pendaftaran kenderaan, cukai jalan, dll. hendaklah ditanggung semata-mata oleh Peserta. Penganjur tidak mempunyai apa-apa kewajipan untuk membayar balik Pesertauntuk sebarang kos dan perbelanjaan yang ditanggung terhadapnya.
  5. Pesertamengakui bahawa penyertaannya dalam Peraduanadalah atas risikonya sendiri.
  6. Penganjur, agen, penaja, wakil, ahli gabungannya dan pengarah, pegawai dan pekerja, agen dan penerima serah hak mereka masing-masing tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta berhubung dengan:
    • apa-apa kegagalan untuk memenangi Hadiah dalam Peraduan, Hadiah yang cacat disebabkan kecuaian, tindakan dan/atau ketinggalannya atau penyalahgunaan Hadiah atau sebarang kerugian, gantirugi, kos, perbelanjaan, tuntutan, liabiliti, kecederaan, kematian, kemalangan yang dialami oleh Peserta semasa Peraduanatau berbangkit daripada atau berhubung dengan Peraduan, penyertaan Peserta dalam Peraduan dan/atau Hadiah yang diberikan.
    • apa-apa kelewatan dan/ataukegagalan untuk menerima dan menghantar Penyertaan Peraduan akibat sebarang kerosakan rangkaian, komunikasi, ISP atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi Penganjur atau Peserta dan/atau diakibatkan oleh penyertaan atau langkah memuat turun apa-apa bahan dalam Peraduan.
    • sebarang kesilapan (termasuk kesilapan ketika memaklumkan pemenang Peraduan), ketinggalan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam pengendalian atau penghantaran, kegagalan talian komunikasi, pencurian, kemusnahan, perubahan, atau akses tanpa kebenaran kepada penyertaan, atau penyertaan yang hilang atau terlewat sama ada berbangkit semasa pengendalian atau penghantaran akibat fungsi pelayan, virus, pepijat, atau sebab lain di luar kawalan Penganjur.
  7. Penganjur, agen, penaja dan wakilnya tidak akan bertanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa kewajipan mereka berhubung dengan Peraduan dan Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan peraturan berhubung dengan Peraduan jika mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan keadaan di luar kawalan mereka dan tidak bertanggungjawab untuk memberikan pampasan kepada Peserta dalam apa cara jua dalam keadaan sedemikian.


PENAFIAN
UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL DAN BIDANG KUASA

Peraduan ini dan Terma-terma dan Syarat-syarat hendaklah dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan setiap Peserta bersetuju menyerahkan apa-apa tuntutan, pertikaian atau kontroversi kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.


PRIVACY NOTICE & CONSENT (ENGLISH & MALAY)

Your personal data, including but not limited to the personal data obtained from you directly when you provide us with personal information, e.g. when you register for our contests and/or roadshows, buy a product or service from us, sign up to receive information, use our applications, fill out a survey, or make a comment or enquiry, and/or any further updates provided to us by you in relation to your personal information, photos, image, audio and/or video recording obtained by us ("Personal Data"), will be processed for any educational, advertising, marketing, publicity purpose(s) or any related purpose, your participation in our contest and/or roadshow and/or events, to provide you with products or services that you request from us, to provide you with advance notice of our future events, to respond to your inquiries, to provide you information about our products, services and/or new releases which may be of interest to you, to invite you and your subscription to our newsletters, and/or for auditing purposes in cases where there has been a dispute (collectively, "Purpose").

We also wish to inform you that your Personal Data may be disclosed to third parties, such as to our headquarters, regional offices, subsidiaries, affiliates and/or members within the Unilever group of companies, and/or our service providers, which may be located outside Malaysia, for reasons relating to the Purpose. If you wish to access, correct, limit or update your Personal Data, or to make any inquiries or complaints about the processing of such information, please contact: Data Privacy Officer, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Level 33-35, Menara TM, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur. Tel: 03-2246 2188

Kindly note that it will be necessary for us to process your Personal Data, without which we will not be able to carry out the Purpose. For more details on how we process your Personal Data, do visit our Privacy Policy at:
http://www.unileverprivacypolicy.com/en_gb/policy.aspx
http://www.unileverprivacypolicy.com/BahasaMalaysia/policy.aspx

NOTIS PRIVASI DAN PERSETUJUAN

Maklumat peribadi anda, termasuk tetapi tidak dihadkan kepada data peribadi yang diperolehi daripada anda secara langsung apabila anda memberikan kami maklumat peribadi, contohnya apabila anda mendaftar untuk pertandingan/peraduan dan/atau pameran bergerak kami, membeli produk atau perkhidmatan dari kami, mendaftar untuk menerima maklumat, menggunakan aplikasi kami, mengisi kaji selidik, atau memberi komen atau membuat siasatan/ atau sebarang kemas kini selanjutnya yang diberikan kepada kami oleh anda berhubung dengan maklumat peribadi anda, gambar, imej, rakaman audio dan/atau video yang diperolehioleh kami ("Data peribadi") akan diproses bagisebarangtujuanpendidikan,pengiklanan, pemasaran, publisitidan/atauapa-apatujuan lain berkaitan, penyertaan anda dalam pertandingan/peraduan dan/atau pameran bergerak kami, untuk menyediakan anda dengan produk-produk atau perkhidmatan yang anda meminta daripada kami, untuk menyediakan anda dengan terlebih dahulu notis peristiwa masa depan, untuk bertindak balas kepada pertanyaan, untuk memberikan anda maklumat mengenai produk, perkhidmatan dan/atau siaran baru yang mungkin menarik minat anda , menjemput anda dan langganan anda untuk surat berita kami, dan/atau untuk tujuan pengauditan dalam kes-kes di mana terdapat pertikaian, tujuan analisis data dan pemasaran pengguna (secara kolektif, "Tujuan").

Kami juga ingin memaklumkan kepada anda bahawa Data Peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga, seperti kepada ibu pejabat kami, pejabat serantau, anak-anak syarikat, sekutu dan/atau ahli dalam kumpulan Unilever syarikat-syarikat, dan/atau pembekal perkhidmatan kami, yang mungkin yang terletak di luar Malaysia, atas sebab-sebab yang berkaitan dengan Tujuan .

Jika anda ingin mengakses, membetul, menghad atau mengemas kini Data Peribadi anda, atau membuat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai pemprosesan maklumat, sila hubungi kami melalui: Pegawai Data Peribadi, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Aras 33-35, Menara TM, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur. Tel: 03-2246 2188

Sila ambil perhatian bahawa ia akan menjadi perlu bagi kita untuk memproses Data Peribadi anda, tanpa mereka kami tidak akan dapat menjalankan Tujuan . Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana kami memproses Maklumat Peribadi anda, sila layari Polisi Privasi kami di:
http://www.unileverprivacypolicy.com/en_gb/policy.aspx
http://www.unileverprivacypolicy.com/BahasaMalaysia/policy.aspx